Saturday, December 12, 2009

Tak malu dah

HAPPY BIRTHDAY TO ME. Agak sengal lah buat post untuk diri sendiri. Tapi tak apa, sekarang dah 17. Dah 17 atau baru 17? K apa2 lah.


"Maka celakalah barangsiapa tak wish Nena"














p/s : thank u so much.

Friday, December 11, 2009

Aku malu

Fenomena new moon membuatkan aku tertanya2. Kenapa begitu ramai yang taksub dengan cerita tu? Aku pelik kenapa aku tak nampak apa2 yang menarik pun dalam cerita tu. Certain part saja best. Untuk membuktikan ketidakbestan cerita itu, aku duduk seperti mahu landing. Kemudian perlahan-lahan terdengar partner aku berdengkur. Tidur seperti tidak mahu kembali ke dunia lagi.


Memang terdapat scene yang lucu dan romantik. Tetapi ada juga scene yang memalukan yang aku harap tak terjadi pada kamu semua. Sebab itu kalau dah tahu mata tu rabun, pergi wayang pakai la cermin mata. Nak duduk belakang2 lepas tu tak nampak. Suasana sewaktu scene itu sunyi sekali. Satu panggung pun sunyi saja. Sari kata menunjukkan "Awak nampak ketika dia terbang?". Aku pula baca,


"Awak nampak ketiak dia terbang?"


Kemudian aku terlepas gelak sorang2 di kala sunyi itu dan orang sebelah tidak dikenali memandang aku. Ini satu fenomena yang memalukan. T__T

Sunday, December 6, 2009

Tajuk tak menarik


Selepas ni tiada lagi kelihatan budak2 berdating di belakang kelas aku. Tiada jugalah kedengaran perbualan pasangan kekasih yang macam bodoh saja kadangkala.


"Yang, semalam I berak lawas oh"

"Yeke alhamdulillah.." (diselang selikan dengan gelak seperti syaitonirrojim)


Tak sangka dah 5 tahun aku sekolah kat sini. Walaupun pernah murtad 2 bulan dari sekolah (maksud aku keluar sekolah lepas tu buat muka tembam tebal masuk balik). Rasa macam baru semalam masuk tingkatan satu, main dengan budak2 lelaki yang belum akil hayy baligh masa tu. Comel2 baik2 je semua. Saat di mana (asal ayat aku tak boleh blah) kami masih lagi bermain roda impian. Tetapi rodanya kami lukis di papan hitam (masa tu belum guna whiteboard lagi). Jadi nama permainan sepatutnya papan hitam impian. Tak dapatlah nak jerit "WANG BESAR WANG BESAR", "SAYA PUTAR HALIM", "REZEKI REZEKI REZEKI" ergh. Putar diam2 tak boleh? Paling aku rasa nak terkentut, menjerit wang besar wang besar macam hos dia tu pekak, last2 dapat MUFLIS. -.-"


Aku pun tak tahu kenapa aku cerita pasal roda impian. Aku nak cerita apa sebenarnya? Oh lepas ni aku dah bukan budak sekolah. Haha. ;p Dah tak payah pergi beli buku2 sekolah masa cuti panjang dekat bookshop lepas tu beli baju2 sekolah kain sekolah seluar dalam tudung sekolah kasut sekolah dan blabla. Tak payah gosok baju sekolah dan tak payah berhadapan dengan risiko tudung-sekolah-berlubang-iron-panas-terus-tekap. -.-" Tapi mesti la sedih ekceli kan. Hoho.


Cikgu tusyen pun mesti suka tak jumpa aku lagi. Budak yuran-tak-reti-nak-bayar. Lepas tu suka buat muka takpe-cikgu-tak-perlu-ajar-saya-dah-pandai. Haha. Banyak oo wa belajar dengan dia. Daripada cikgu sekolah. Hehe. ;p



p/s : dah malas nak jaga hati orang.

Thursday, November 26, 2009

Tips memancungkan gigi

Bahahaha satu lagi paper. Dah tu je nak update. ;D




Elok ah tu kiblat arah aku. -.-"



p/s : 12/12 .... kecoh ar lu.

Tuesday, November 17, 2009

Ada apa dengan periksa

Esok SPM akan bermula. Ada yang panggil Sijil Paling Mudah, ada yang panggil Sijil Panggilan Maut, ada juga yang panggil SPerM. Tak kisah lah bagaimana pun panggilannya. Apa yang penting, kerjasama esok SPM memang akan setat. So, just nak wish good luck untuk semua yang akan menduduki, mendiriri, membaringi atau meniarapi peperiksaan esok. InsyaAllah, usaha kamu semua akan membuahkan hasil. Bukan setakat buah, mensayurkan hasil pun boleh juga. Bak kata pepatung, kalau tak dipecahkan ruyung, bagaimana ruyung itu nak pecah. Am I korek?


Ustaz juga pernah berkata, di akhirat nanti Allah tidak tanya tentang keputusan SPM kita. Allah juga tidak akan tanya berapa banyak A yang kita dapat.


"Ya ahlul qubuuri, tatashshola a'laa SPM alhadari alkohol?" (doh aku tak tahu bahasa arab laa)

Maksudnya, "hey seksi, berapa kau dapat untuk SPM?"

Tak, tak. Allah tidak akan tanya begitu. Dia akan tanya sama ada kita telah berusaha atau tak untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Tak perlulah aku nak buat dialogue lagi memandangkan aku tidak mahu merosakkan bahasa Arab yang cantik. ;)


Untuk yang nak tahu hari apa je aku duduk dalam dewan peperiksaan, ini dia. Yang tak nak tahu boleh beram. Aku kata beram okay? Bukan berak. Jangan berak dalam belog aku, huh.


RABU, 18 Nov 2009
8:00 - 10:15 - Bahasa Melayu 1
11:00 - 12:00 - Sejarah 1
2:00 - 4:30 - Bahasa Melayu 2

KHAMIS, 19 Nov 2009
8:00 - 9:45 - Bahasa Inggeris 1
10:30 - 12:45 - Bahasa Inggeris 2
2:00 - 4:30 - Sejarah 2

ISNIN, 23 Nov 2009
8:00 - 9:15 - Mathematics 1
10:00 - 12:30 - Mathematics 2

SELASA, 24 Nov 2009
8:00 - 10:00 - Pendidikan Islam 1
2:00 - 3:40 - Pendidikan Islam 2

RABU, 25 Nov 2009
8:00 - 10:00 - Additional Mathematics 1
2:00 - 4:30 - Additional Mathematics 2

ISNIN, 30 Nov 2009
8:00 - 10:30 - Biology 2
11:00 - 12:15 - Biology 1
2:00 - 3:30 - Biology 3

KHAMIS, 3 Dis 2009
8:00 - 9:15 - Physics 1
10:00 - 12:30 - Physics 2
2:00 - 3:30 - Physics 3

SELASA, 8 Dis 2009
8:00 - 9:15 - Chemistry 1
10:00 - 12:30 - Chemistry 2
2:00 - 3:30 - Chemistry 3




RABU, 9 Dis 2009
12 pagi - 12 tengah malam - Meronggeng bersama rakan-rakan sampai koma.


Waaaa tak sabar! So good luck guys! ;D

Tuesday, October 27, 2009

Kudaku lari pakai battery

Hello hello people! Miss me? Yeah dah agak dah mesti tak. I ingat dah lama tak update belog orang ramai akan cakap,

"Hey Nena kehidupan kami sekeluarga tidak bahagia sejak awak tidak mengapdet belog"

"Nena bila nak apdet? Bila tiada post baru dari awak, saya makan tak basah, mandi tak lena, tidur tak kenyang, kentut pula tidak berbau"


I juga dah berangan-angan nak terus apdet bila ramai orang dah tak sabar2 nak membaca post baru di sini. Malangnya tiada seorang pun suruh apdet? Sampai hati kamu semua. T__T
Tapi mungkin ramai yang simpan hasrat itu dalam hati kerana malu nak bagitahu Nena. Okay fikir fositif fikir fositif. Huh menyembur-nyembur.


Ada juga beberapa faktor lain yang buat I tak apdet belog. Salah satunya ialah apabila seorang blogger kutuk I di belognya. Itu pun setelah I kutuk dia di sini dulu. Hahaha. Ada ke patut beliau kata I mempunyai tabiat keji suka melombong sepajang masa dan menyuruh orang mencari entri I yang tak menyebut tentang korek hidung.


Beliau seolah-olah mahu membuat pertandingan siapa dapat tunjukkan pada beliau entri Nena yang mana yang tak menyebut tentang hidung. Jikalau menang mungkin beliau tawarkan dua tiga helai bulu ketiaknya yang lebat itu kalau kamu semua hendak tahu. Mungkin juga beliau cemburu beliau tidak boleh korek hidung sepanjang masa kerana khuatir hidung menjadi terlalu kembang. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hidung lagi terkorek.


Tanpa disedari I telah terkutuk dia balik. Hahaha. Rakan2 sekaliannnn tolong la berikanku motivasi. Kenapa semakin dekat SPM semakin malas mahu tengok buku. Atau I dah berserah? Hoho. ;)



p/s : Doakan Nena ye. Sayang semua. ;)

Friday, October 16, 2009

Ada masalah berat badan?

Kebanyakan belog yang I follow, semua lately ni kata 'sorry tak update blog', 'sorry malas nak update', 'sorry banyak kerja nak buat tak ada masa nak update'. Hmm lebih kurang la belog ni jugak. Cuma yang bezanya I banyak kerja di rumah aja contohnya membetulkan kesalahan mak dan ayah menggunakan laptop di rumah. Sungguh mulia kerja saya. T__T


Dengan dahi berkerut seperti mahu memarahi laptop, my dad berkata,

"Awat tak mau pi nih?" *jari menekan-nekan touchpad*

I pun cuba tekan folder yang dia nak bukak which dia kata tak boleh bukak. Sekali tekan, boleh je.

"Abah tekan macam sutong pasai tuh tak mau pi"


Hmm tak mencabar betul masalah ni. Lain kali suruh la I repair laptop rosak ke cehceh memang hancur terus laptop. -.-"


Tension tiap2 hari perkara biasa. Spm nak dekat. Mata pulak makin rabun. Kadang2 tengok orang sampai ada enam lubang hidung. Uii melampau. Bila tengok lama2, laaa ada 3 orang depan aku ni patut la nampak 6 lubang hidung. Hmm nampak tak kesan tension kat situ? -.-"


Lebih tension bila dah berpuluh-puluh kali makcik tanya bila SPM dan berpuluh-puluh kali jawab bulan sebelas tetapi dia masih tidak ingat. Pagi khamis tu dia message, "Buat elok-elok SPM. Semoga berjaya. Along doakan Baby berjaya". -.-"


Terima kasih sebab doakan. Malangnya, SPM bukan pada pagi itu. Along along. Kalau dia datang rumah, masuk waktu Zohor I tunjukkan arah kiblat ke kanan. Masuk waktu Asar petang tu, dia dah lupa arah kiblat dan dengan sesuka hati ketiak dia tukar ke arah kiri. Hmm mungkin faktor usia. Kita semua pun akan jadi macam tu bila kita tua nanti. ;)

Sunday, October 4, 2009

Baca post aku ni lah, korek hidung je keje.

Perjalanan balik ke Penang dan Perak agak memenatkan. Jarang balik Perak, lebih selalu balik Johor. Lebih selalu? Betul ke ayat. Apa-apa ah kan. Lepas tu loghat diorang ni pekat sangat, bila cakap perlahan-lahan tu faham la jugak. Bila dah laju sikit kitorang dah tak tahu kat chapter mana dah. Bila balik kampung abah ni, kitorang adik beradik memang tak berapa kenal sangat saudara-mara abah. Kadang-kadang tahu muka je nak panggil apa tak tahu. Contohnya,



"Esok siap nak pergi rumah Pak Tam"

"Pak Tam yang mana?"

"Yang hitam legam tuu, adik beradik Mak Ina."

"Oh lagi hitam dari Abah ea. Mak Ina yang mana?"

"Tu yang mulut becok tu, adik Mak Ila,"

"Mak Ila yang cikgu tu kan?"

"Haa. Yang Baby pecahkan pasu dia dulu," -.-"

"Tak pergi rumah makcik yang banyak buah jambu tu ke?"

"Ha tah, tengoklah dulu. Nanti balik nak pergi rumah Mak Long pulak"

"Mak Long mana?"

"Mak Long gemuk"

"Ooo"


Hmm macam tu lah. Nampak macam kasar tapi macam tu lah lumrah orang kampung. Kadang2 nama Mak Long tu banyak sangat kan, tu yang muncul Mak Long Gemuk, Mak Long Pendek dan sebagainya. Tak kurang juga Mak Anjang kerana mempunyai gigi yang panjang2.


Kalau kita semua duduk di kampung pula apa agaknya nama samaran kita ye? Ni I nak bagi untuk 3 budak hantu ni,

  1. Pak Amir Hidung Besar
  2. Pak Trex Jongang
  3. Pak Razman Bulu Ketiak Lebat

Huh, padan muka diorang. Harap2 diorang tak baca ni. Hahahahahahaha. Bye.

Wednesday, September 30, 2009

Hey watsap watsap

Sitikus Nurhalus


Angelina Berjolie di tengah malam


Cun tak lukisan saya yang menggunakan grid di mana budak2 baru belajar bersugi pun boleh melukisnya. -.-" Tolong jangan tanya "mana rambut dia?". Tahu tak betapa payahnya nak lukis rambut sehelai2? Tahu tak melukis rambut itu lebih lama daripada membuang air besar? Tahu? Jadi saya tak ada masa nak buat itu semua. Janji nampak muka. ;)


Tahu tak nak buat shading itu agak sukar? Kerana saya menggunakan cara yang sangat bodoh sehingga Sitikus nampak seperti ada misai. "Siapa punya misai?" Tanya seorang pengembala kambing. "Saya punyaaaaa!", jawab Datuk K.


Tahu tak nak melukis bibir si Jolie pun sukar? Malah lebih sukar daripada memberus ketiak si pengembala kambing tadi. -.-" Tebal tak hengat dunia. Jeles I nyah. Huh.


Tahu tak saya ni amateur je. Jadi jangan banyak mulut macam Mak Joyah. Post ini pun sebab nak menghidupkan belog saya yang dah lama mati. Tu je lah kot. Tinggal sebulan lebih je SPM. Mari kita sama2 belajar sampai koma. Yariiiba yarribaaa! -.-"


p/s : tak ada masa nak menipu di blog yang menjadi tatapan rakan2 dan keluarga. ;)

Friday, September 18, 2009

Hey budak, kasar nampak

Kanak2 lebih mengenal erti kejujuran. Sukar untuk mereka berbohong kecuali jika mereka mahu menyelamatkan diri daripada dirotan oleh ibu bapa. *terasa terasa* Tapi I dulu kena rotan tak menangis pun, buat bodoh je. Sebab masa tu pun memang belum pandai lagi. Makcik I cakap I kebal. Hehe badanku kalis rotan. -.-" Off topic. Bila berbual dengan budak2 ni, especially my anak buah or we call it daughter fruit or son fruit whatever, memang boleh buat I seronok ah. Yelah dah tak ada adik. Teringin juga nak ada adik, dulu selalu cakap kat mak, "mak makan la banyak sikit, bagi mengandung", mak gelakkan I seolah-olah I ni tak ada hidung. "haha baby ingat makan banyak boleh mengandung", -.-"


Dulu dapat la juga pegang title cucu bongsu, lepas kelahiran dua orang budak itu, sobsob dah tak bongsu. Jadi bongkak pulak kot. Bongek ke. Tapi tak apa, nasib baik diaorang comel. Bijak2 pulak tu.


"Danial, macam mana eja kerusi?"

"
K.O kooo S.I sii. KOSI"


Okay lah tu, dimaafkan. Yelah budak2 tak sebut ke.ru.si kan. Dia ni memang jujur habis. Kalau bercakap main kau aku je dengan semua orang. Dengan atuk dia pun macam tu, kadang2 dengan bapak dia. Cakap macam orang besar pulak dengan I, "Eh, ko dah sekolah?", ya, umur dia enam tahun. -.-" Kalau pasal jujur memang dia la yang I nak sebutkan kat post ni. Ada la suatu petang yang berkicauan, dia ternampak seekor tikus yang telah mati. Dia pun pergi mendapatkan ayahnya.


"Abah abah, ada tikuh mati. Muka tikuh bughok mace muka ko"



Hmm bukan kelantan ya bukan kelatan. Macam mana kalau anak korang yang cakap macam tu? Lagi satu diorang ni jujur tanpa menghiraukan perasaan malu. Berikutan kes H1N1 ni, mak dia suruh la dia pakai mask pergi sekolah. Kawan dia semua pakai. Tapi dia tak mahu. I pun terjah ah dia macam Nas Ahmad abang rambut ketak.


"Danial, kenapa taknak pakai mask pergi sekolah Danial?"

"Huh, tanokk"

"Kenapa?"

"Nak bercakap busuk, bau tahi gigi,"



Hoh, sumpah dah malas nak gelak, dah puas gelak masa dengar jawapan dia. Huuuuu danial danial. Siapa suruh kumpul tahi gigi, kan dah payah.

Thursday, September 17, 2009

Anak bulan telah kelihatan. Ini bermakna Bulan telah selamat bersalin

Hmm pejam celik pejam celik dah nak raya. Pejam celik lagi I dah nak SPM. Sekali lagi pejam dah kat kubur pun kita semua. T__T


Okay, I nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Sepanjang I berbelog mungkin ada tersalah kata, terkasar bahasa, tersinggung perasaan sesiapa, terkentut dan sebagainya. Kepada followers semua, terima kasih kerana sudi tekan butang follow tu walaupun hati sebenarnya tak nak follow pun. ;| Senang cerita, minta maaf lah dekat semua orang dari hujung rambut sampai hujung lutut. Yang bahagian selebihnya I minta maaf tahun depan.


p/s : nak duit rayaaaa. ala bagi la bagi laa. ala bagi laa. duit banyak tak elok simpan.